KEMPEN CELIK DUIT INTERNET

Wednesday, May 12, 2010

Piala Dunia Makin Hampir,Apakah pasukan kegemaran anda/


Bulan Jun 2010 adalah bulan yang sangat dinantikan oleh peminat bola di merata pelusuk dunia. Kejohanan kali ke 19 ini yang akan diadakan di Afrika Selatan buat julung kalinya kerana Afrika Selatan belum pernah menjadi penganjur kejohanan peringkat dunia tersebut.Afrika Selatan sebuah negara yang pada masa dahulu terkenal dengan dasar apartheidnya.Kini dasar itu telah menjadi sejarah dan Afrika Selatan mula mengorak langkah ke arah yang lebih maju dan berharap dapat berkembang seperti negara-negara maju yang lain yang pernah dijajah sebelum ini.Perkembangan sukan di Afrika Selatan tidak kurang hebatnya.Negara ini juga mempunyai pasukan bolasepak sendiri,dan juga terlibat dengan sukan lain seperti lumba kuda,cricket dan lain-lain.pada bulan Jun ini,sebanyak 32 pasukan akan bertanding untuk merebut piala berprestij tersebut.Apakah peluang negara-negara yang bertanding.Apakah Itali akan dapat mengekalkan kejuaraannya atau pasuka lain akan merampas kejuaraan Itali.Adakah pasukan underdog akan mencipta sejarah pada kejohanan kali ini...mari kita bersama-sama menantikan debaran kejohanan piala dunia ini..dan sama-sama kita demam bola lagi.